Monday, November 26, 2007

START SMALL THINGKING BIG II

Sebenarnya perniagaan madu lebah saya bermula dengan kecil-kecilan..... Jumpa orang dan promote madu.....sedikit demi sedikit.....saya bermula dari apa yang saya ada.....kalau ada byk tue, byk tue ler saya START...rasanya saya START 2 minggu sebelum puasa.....Bila waktu bulan puasa, perniagaan madu saya kurang sikit tetapi ALHAMDULILLAH setelah musim raya perniagaan bertambah baik.....
Setelah saya lihat perkembangan perniagaan saya berkembang, saya membuat keputusan untuk membuat website madu lebah......Saya berharap dengan adanya website madu lebah ini, biznes madu lebah saya akan terus berkembang.....INSYA ALLAH.......Next step, saya akan berkongsi dengan anda semua apa perancangan saya yang seterusnya.....

START SMALL THINGKING BIG

A'kum semua,

Apa maksud START SMALL THINKING BIG?
Perkataan tue dah lali sangat dengan kepala otak aku.......Secara tersuratnyer mmg mudah nak paham: apa2 perkara yg nak kita buat kena start dr kecil dulu dan kemudian kita besar2kan lah..... kalau dlm kontek perniagaan: kita start dgn modal apa yg kita ada, kemudian apabila biz dah ok barulah kiter kembangkan menjadi besar dan bukannyer mula2 biznes dah besar kemudian ari terus terlingkup...... dlm kontek sains: kalau kita nak buat jambatan gantung, kita perlu ada model jambatan tue dulu kemudian dibuat pelbagai ujian untuk mengetahui ketahanan jambatan tersebut. bila dah OK baru buat pada skala yg lebih besar.....bukannyer tetiba main buat jer......skali runtuh, sapa mau JAWAB?

Itu yang tersurat tapi macammana dgn tersirat? Sebenarnya yg tersirat adalah yang paling UTAMA!
  • bagaimana kita nak laksanakan?
  • apa yang patut dilaksanakan?
  • mengapa kita patut laksanakan?
  • di mana patut kita laksanakan?
  • Bila kita patut laksanakan?
  • dengan siapa patut kita laksanakan?

Jika soalan tersebut dapat kita jawab, INSYA ALLAH......START SMALL THINGKING BIG akan mudah kita paham.......Jawapannyer di SINI

Sunday, November 25, 2007

website perniagaan madu lebah

a'kum semua.....

hujung minggu lepas saya dah publish website perniagaan madu lebah saya: www.khasiat-madu-lebah.com. Kepada yg ingin memberi komen dan cadangan amat-amat dialukan......

Monday, November 5, 2007

website madu lebah

Setelah aku berfikir masak-masak dan aku lihat perniagaan madu lebah ini mempunyai pelanggan yang tersendiri, aku bercadang untuk membuat satu laman web madu lebah...... Aku target, laman madu lebah aku nie akan keUDARA selewat2nya hujung November....... Aku berdoa kepada ALLAH, setelah ada laman web harap2 perniagaan madu aku bertambah rancak hendaknyer......

Sunday, November 4, 2007

Pengedar Madu di Sungai Buloh

Alhamdulillah....minggu lepas aku dah jumpa sorang pengedar madu di Saujana Utama, Sg Buloh. Kat sana madu nie macam goreng pisang panaz.....apa tak nyer, minggu lepas(27 Okt 2007) baru jer ambil 24 botol pastu minggu nie(3 Nov 2007) dah ambil 24 botol lagi..... La nie, stok madu dah kehabisan dah..... mungkin 2 minggu lagi, aku akan tambah stok kat rumah..... Lepas raya, ramai pulak org makan madu.........

Tuesday, October 30, 2007

Customer call

Semalam.....customer madu aku ada call. Customer nie tinggal di daerah kajang dan pernah beli madu aku nie kat Nilai Square. Mmg aku ader letak kat kedai kain di Nilai Square tue(kalau ada kesempatan, aku akan tunjukkan gambar kedai tue....). Waktu minggu raya, kedai tutup selama 2 minggu so customer tue call aku semalam utk dapatkan madu. Aku cakap yg aku boleh jual kat dia waktu malam sebab waktu siang aku keje dan kalau nak jumpa pun kena datang kat nilai..... Dia OK..... Itu maknanya madu yang aku jual nie mmg POWER ler..... Nanti bila aku jumpa dia, aku nak mintak pendapat pasal madu yg aku jual nie......

Thursday, October 18, 2007

Madu lebah ubat yang turun bersama wahyu

Lebah adalah makhluk Allah yang banyak memberi manfaat dan kepada manusia. Ada persamaan antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan al-Qur’anul Karim. Madu berasal dari bermacam-macam sari bunga dan ia menjadi ubat bagi bermacam-macam penyakit manusia (an-Nahl2: 69). Sedang al-Quran mengandung inti sari dari kitab-kitab yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi zaman dahulu ditambah dengan ajaran-ajaran yang diperlukan oleh semua bangsa sepanjang masa untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat (Yunus: 57, al-Isra’: 82) dan ia menjadi rahmat dan penawar bagi orang yang beriman.'

Menembusi pasaran

a'kum semua....SELAMAT HARI RAYA
Bulan posa nie mmg letih sikit tapi waktu bulan berkat nie lah ada HAMBA ALLAH nie nak orda Madu utk di pasarkan kat Singapore. Rupa2nya org kat Singapore nie makan madu gak! Bagus lah...... Aku harap HAMBA ALLAH nie orda sebulan skali pun cukup lah.....

Sebelum dia orda, dia dah beli satu botol madu dr aku..... Bila dia test, terus dia orda utk dipasarkan kat Singapore. Sebelum nie mmg dia biznes madu tapi pembekal tue nak untung manyak.....so dia susah nak survive...... La nie, aku tengah deal dgn dia dari segi packaging dan yg paling penting harga..... Deal aku dgn dia terencat jap sbb meraya ketibaan bulan syawal. Minggu depan, aku akan follow up balik......

Thursday, September 13, 2007

Petua Madu: Merawat pelbagai penyakit

Menambah Darah (Anemia):
3 sudu besar madu 3 kali sehari.

Susah Tidur Malam:
2 sudu besar madu + segelas air suam.

Batuk (semua jenis batuk):
1 biji bawang putih dihaluskan + 2 sudu besar madu. Minum sekaligus 4 kali sehari. Ulangi 3-7 hari.

Darah Tinggi:
1 sudu besar madu di minum secara terus menerus 3 kali sehari.

Sakit Jantung:
6 sudu besar madu + segelas air suam. Minum 3 kali sehari. Bagi yang agak kronik, minum 1 sudu besar madu terus menerus 3 kali sehari tanpa henti selama 2 bulan, insya Allah ada perubahan yang positif.

Sembelit (susah buang air besar):
2 sudu besar madu + segelas susu di minum setiap 4 jam.

Sesak Nafas:
3 sudu besar madu + 1 biji jus segar lobak putih, minum 2 sudu besar 3 kali sehari.

Sakit Pinggang:
1 biji telur itik + 4 sudu besar madu, kacau rata dan terus minum. Lakukan setiap di awal pagi (subuh).

PETUA MADU: Kesihatan, Kecerdasan, Kecergasan

Kesihatan Anak
Madu mengandungi pelengkap gizi dan vitamin dan ianya amat sesuai untuk makanan dan minuman anak-anak. Sebahagian pendapat jangan melebihi 2 1/2 sudu besar dalam sehari.

Kecerdasan/Kepintaran
2 sudu besar madu, 1 sudu besar minyak zaitun, 3 biji kismis, 3 sudu besar daging burung merpati (serbuk). Caranya: Kismis dilumatkan kemudian dicampurkan dengan semua
bahan yang lain, atau makannya secara berbijji. Boleh juga diminum atau ditelan sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Kecergasan/Keaktifan Tubuh
Minum 1~2 sudu besar madu 3 kali sehari. Iaitu pagi sebelum sarapan, tengah hari dan malam sebelum tidur.

Wednesday, September 12, 2007

Madu Lebah di Jepun


Ini pula adalah madu lebah yang terdapat di Jepun. Madu nie di buat di China dan harganya adalah RM15 sebotol.....

Madu Lebah Asli

Ini dia madu lebah asli yang aku jual......apamacam? Menarik tak? Madu nie telah dihantar ke jabatan kimia utk mengetahui kandungannya.....dari segi saintifik mmg tak leh dinafikan lagi.... dari segi praktikal korang kena lah mencubanya dulu...... Bila rasa OK, kalu berminat utk berniaga kiter citer lain lak!

Komputer rosak

Sori.....gambar masih tak dapat di attachkan sebab komputer aku kena serang dgn Si Virus bila berada di Jepun..... So aku dah hantar komputer aku kat kedai, di harap gambar kat dlm komputer aku dapat diselamatkan..... kalu tak selamat pun, aku akan amik gambar sekali lagi.....

Untuk pengetahuan semua, madu yg aku jual tue mmg dapat sambutan yg amat menggalakkan. Syukur pada ALLAH.......Pada bulan puasa nie aku cadang nak letak kat bazar ramadhan..... OK tak? Nanti aku nak carik org yg jual kat bazar ramadhan.....

INFO Madu: Warna Asas Madu

Kajian yang dilakukan di USDA (U.S Department of Agriculture) mendapati madu terbahagi kepada 7 warna asas iaitu putih, kuning cair, kuning pekat/jingga, oren kecoklatan, coklat dan hitam. Namun, warna madu bukanlah penunjuk yang tepat bagi menguji gred madu kerana ianya dipengaruhi oleh jenis dan ciri sesuatu bunga yang mempunyai kandungan mineral dan komponen-komponen organik tertentu di dalamnya.

Monday, September 3, 2007

Jumpa juga akhirnya......

Isnin(3 September 2007)...... Member jepun aku bawak pegi dinner. Kitaorg makan sushi: ikan salmon, ikan tuna, belut, octopus, telur, ketam dll(semuanya seafood.....) Bila dah habis melantak aku cerita ler pasal citer jepun yg aku suka waktu aku kechik2 dulu iaitu SPACE COP GABAN! hehehehhehhe...........Salah sorang drp member aku pun suka citer tue jugak! Yang sorang lagi tue, tak sempat nengok sebab umur dia dah tua....... Habis citer GABAN, aku bukak balik citer MADU....... Aku tanya diaorg kat mana beli madu? Diaorg cakap kat supermarket ada jual! (mcmmana aku cari tak jumpa......)
Setelah habis makan sushi, member aku tue terus bawak kat supermarket. Dia pergi carik madu utk aku......Akhirnya ada jugak! Memang madu dia sangat murah...... Harga satu botol lebih kurang RM10. Aku pun terus ambil gambar madu tue..... Member jepun aku tue senyum jer...... Aku peduli apa, yg penting aku nak masukkan dlm blog aku nie.....Nanti aku attach gambar madu dr jepun yer......

Jalan2 cari kedai MADU......

Pada pagi ahad (2 sept 2007) aku sorang2 pegi jalan2 kat Bandar OSAKA dengan tujuan mencari kedai jual madu…..Aku pergi 3 shopping complex: HANSHIN, DAIMARU & HANKYU tapi semuanya tak der…..Jual madu biasa pun tarak ini kan pulak kedai khas jual madu…… So petangnya pulak aku pergi kedai kat bawah tanah….. Panjang jugak kedainyer tapi malangnyer, satu kedai pun tarak jual madu termasuk supermarket yg menjual barangan harian……kat mana ORANG JEPUN nie beli madu?

Rahsia Bisnes Orang Cina

Aku berborak dengan member jepun aku tue kat restoran di OSAKA. Kitaorg makan tepanyaki (agak-agak la.....). Aku amik yg seafood jer ler tapi dia amik yg ada daging…. Dlm pada menunggu masakan jepun tue, aku berborak ler pasal minat dlm biznes. Aku tunjuk buku RAHSIA BISNES ORANG CINA yg di tulis oleh Ann Wan Seng kat dia….. Aku tanya dia samada dia berminat biznes tak….Dia jawab tak….. Hmmmmm…..baru aku tau yg tak semua org jepun suka berniaga! Hehehehhehe…………..

Biznes Madu: 10 botol madu

Aku baru terima email dr dealer madu aku. Dia cakap dlm masa 2 hari, dia dah menjual 10 botol….. 10 botol yg dijual hanya di tempat kerja dia SAHAJA! 10 botol madu dijual sebab dia hanya bawak 10botol madu dlm 2 hari…..MEMANG LAKU….. Madu kalau berkualiti dan packaging pun OK, INSYA ALLAH orang akan beli punyer….. Dan sekarang nie, ada dua kedai yang berminat untuk menjual madu tue….. Itu jer yg aku tau buat masa nie…..

Harga sebotol madu yang dijual adalah RM35…Harga RM35 tue mmg tak leh nak ubah dan memang standard price…..Lagipun ada tanda harga RM35 pada botol madu tersebut. So harga dealer mesti ler kurang drp tue…..

Kalau ada sesiapa berminat untuk menjadi dealer atau nak beli madu, boleh hubungi aku:
email : fazrul76@tm.net.my
SMS : 019-6957675 (fazrul)

Gambar tak boleh nak attach. Tak tau ler server kat jepun nie....problem sungguh! nanti bila aku kat m'sia nanti, aku attachkan gambar!

Wednesday, August 29, 2007

Biznes Madu: Pengalaman di Jepun



Ari nie aku dah 3 hari kat Jepun. Pada hari pertama aku ada tanya member jepun aku tue, kenal tak madu. Mestilah dia jawab tau, aku sajer jer buat2 BODOH…..sebab nak start mula cucuk jarum. Aku tanya lagi, kat Jepun madu buat apa? Diaorg cakap madu buat sapu roti dan kuih-muih. Diaorg cakap harga madu kat sini mahal giler, so diaorg beli madu yg made in china punyer….. Korang nak tau harga madu kat sini brapa? Harga madu yg made in Japan adalah USD200 per kg manakala madu yg Made in China murah jer iaitu USD50 per kg….. Mungkin madu China tambah gula pasir dan air kot! Hihihihihi….pepandai jer kan…..

Lepas aku tau yg madu original (made in japan) berharga USD200 per kg, aku pun bg tau ler yg aku ada member jual madu. Harganya jauh lebih murah dan konpirm original…. Diaorg pun ternga-nga, aku pun buat derk jer ler….. Asalkan aku dah cakap, mana tahu satu hari nanti diaorg email aku nak tanya pasal madu member aku tue…..Allah nak bg rezeki kat aku, so sapa buleh tahan?

Tuesday, August 28, 2007

INFO MADU: pH madu dan fruktosa

Madu mengandungi asid amino (0.05-0.1%) dan asid organik (0.57%, julat 0.17-1.17%). Purata indek pH bagi madu adalah 3.9 (dengan julat tipikal 3.4-6.1)

Fruktosa adalah bahan termanis diikuti glukosa dan maltosa. Maka, kebanyakan madu yang mengandungi peratusan fruktosa yang lebih banyak menjadikan madu agak lebih manis berbanding gula dengan purata nisbah 1-1.5 kali manis berbanding gula

Biznes Madu 2

Member aku setuju untuk jadikan aku sebagai stokist kat area aku nie. So aku amik ler 7 kotak madu dimana 1 kotak ada 24 botol. Maka kalau 7 kotak ada (24botol x 7kotak = 168 botol). 168 botol madu tue adalah stok aku.

Aku order kat kawan aku tue ari khamis(23 Ogos 2007), dia hantar stok pada ari sabtu(25 Ogos 2007). Sebelum dia hantar, aku apalagi buat promosi ler pasal madu kawan aku nie.... Promosi aku kat kengkawan terdekat dulu.....Caranya aku bg tau kesan madu tue terhadap diri aku dan juga tunjuk botol madu. Packaging botol madu mmg boleh eksport ke oversea punyer..... Nanti aku attachkan gambar kat dlm blog nie yer......

Dengan tak disangka2, kengkawan aku yg aku promosi tadi nak jadi dealer iaitu pengedar madu kat taman perumahan dan tempat kerja diaorg. Ini disebabkan mmg produk yg aku jual tue berkualiti. Tak susah nak membebel, cumer tunjuk botol pun diaorg dah terpikat. Korang bayangkan, stok tak sampai lagi tapi dah ada org orda sbb tue aku amik 7 kotak.

Hari sabtu ambik, hari ahad dah habis 4 kotak madu......ALHAMDULILLAH.....syukur pada ALLAH..... Hari ahad malam tue, aku dah berlepas ke Jepun atas sbb kerja......Korang nak tau citer pasal madu kat Jepun? Aku nampak peluang pasaran yg sangat besar kat JEPUN......... hhhhmmmmm....tunggu next episod.......

Monday, August 27, 2007

INFO MADU: Gred dan warna madu

Kajian yang dilakukan di USDA (U.S Department of Agriculture) mendapati madu terbahagi kepada 7 warna asas iaitu putih, kuning cair, kuning pekat/jingga, oren kecoklatan, coklat dan hitam. Namun, warna madu bukanlah penunjuk yang tepat bagi menguji gred madu kerana ianya dipengaruhi oleh jenis dan ciri sesuatu bunga yang mempunyai kandungan mineral dan komponen-komponen organik tertentu di dalamnya.

Biznes Madu

Minggu lepas aku out-station. Aku pun ambil peluang utk jumpa ler kengkawan aku. Tak ramai pun, cumer 2 org jer.....hehheheheh....yg lain dah tak der, keje tempat lain. Aku jumpa ler sorang kawan aku nie, rupa2nya dia buat biz madu.....Madu nie, dia buat sendiri iaitu dia ambil sendiri (upah org ler) then dia proses. Maknanya mmg madu dia ler.....so aku amik ler satu, dapat ler harga member2......

Seperti biasa aku amalkan minuman madu nie semula. Dah lama stop sbb tak jumpa madu yg ori....kalu ori pun mahal giler.....baik beli susu anak! Aku minum sebelum tido dan bangun tido..... Dgn izin ALLAH, 2 hari jer ianya memberi kesan:
1. Pelawas
2. Segar bila bangun tidur

Dalam hati aku cakap yg madu kawan aku nie mmg ori. Esoknya aku email kat dia dan aku cakap kat dia yg madu dia mmg ori.....So aku berminat utk jadi pengedar madu dia kat area aku nie.....Disamping tolong member jual madu, aku dapat jugak tolong member aku yg lain utk menambah baikkan kesihatan diaorg(mcm bengkel kereta jer.....)

Episod berikutnyer, aku akan citer pasal biz madu aku nie........tunggggguuuuuuuuuuu......

Saturday, August 25, 2007

Kandungan dalam madu

Di sini terdapat sedikit artikel berkenaan kandungan madu. Artikel ini aku perolehi dari laman web www.madu.com.my. Rupa2nya kalau madu tue tak asli akan memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan. Artikel adalah seperti di bawah:

Madu mengandungi pelbagai unsur-unsur penting dengan jumlahnya yang ideal dengan tubuh manusia seperti kalsium (Ca), Phosphor (P), Natrium (Na), Thiamin, Niacin, Riboflavin, Potassium, Iron, Zink, Vitamin C dll. Di samping itu, gula dalam madu (glukosa dan fruktosa) merupakan gula ringkas (simple sugar, monosacharide) yang mana apabila di makan seketika akan terus diserap oleh darah sehingga menimbulkan tenaga secara spontan.

Berbeza dengan gula biasa atau madu tiruan/palsu yang merupakan gula kompleks (polisacharide) yang tidak langsung dapat diserap oleh darah, kerana harus dirubah menjadi gula ringkas dengan cara pemprosesan oleh hati yang akan mengakibatkan kerosakan hati (sel herpa) apabila melebihi dos biasa.

Wednesday, August 22, 2007

Penggemar Madu

Aku sebenarnya memang suka minum air madu selepas tamat belajar. Bila dah bekerja dan ada duit sendiri baru ler aku beli madu. Waktu belajar, mana ada duit mau beli madu.

Setelah aku amalkan minum air madu iaitu sebelum dan selepas tidur, aku dapati aku tak liat untuk bangun tidur. Aku rasa macam puas jer tidur(tidur berkualiti ler katakan) walaupun masa tidur tetap sama sebelum minum air madu. Selain itu, perubahan pada diri aku adalah lebih mudah untuk membuang air besar.

Itu jer yang aku nampak perubahan terhadap diri aku. Selain drp itu, tak tau ler pulak. Kalau ada kesempatan, aku akan sedikit info berkenaan khasiat madu.