Wednesday, August 29, 2007

Biznes Madu: Pengalaman di Jepun



Ari nie aku dah 3 hari kat Jepun. Pada hari pertama aku ada tanya member jepun aku tue, kenal tak madu. Mestilah dia jawab tau, aku sajer jer buat2 BODOH…..sebab nak start mula cucuk jarum. Aku tanya lagi, kat Jepun madu buat apa? Diaorg cakap madu buat sapu roti dan kuih-muih. Diaorg cakap harga madu kat sini mahal giler, so diaorg beli madu yg made in china punyer….. Korang nak tau harga madu kat sini brapa? Harga madu yg made in Japan adalah USD200 per kg manakala madu yg Made in China murah jer iaitu USD50 per kg….. Mungkin madu China tambah gula pasir dan air kot! Hihihihihi….pepandai jer kan…..

Lepas aku tau yg madu original (made in japan) berharga USD200 per kg, aku pun bg tau ler yg aku ada member jual madu. Harganya jauh lebih murah dan konpirm original…. Diaorg pun ternga-nga, aku pun buat derk jer ler….. Asalkan aku dah cakap, mana tahu satu hari nanti diaorg email aku nak tanya pasal madu member aku tue…..Allah nak bg rezeki kat aku, so sapa buleh tahan?

No comments: