Tuesday, August 28, 2007

Biznes Madu 2

Member aku setuju untuk jadikan aku sebagai stokist kat area aku nie. So aku amik ler 7 kotak madu dimana 1 kotak ada 24 botol. Maka kalau 7 kotak ada (24botol x 7kotak = 168 botol). 168 botol madu tue adalah stok aku.

Aku order kat kawan aku tue ari khamis(23 Ogos 2007), dia hantar stok pada ari sabtu(25 Ogos 2007). Sebelum dia hantar, aku apalagi buat promosi ler pasal madu kawan aku nie.... Promosi aku kat kengkawan terdekat dulu.....Caranya aku bg tau kesan madu tue terhadap diri aku dan juga tunjuk botol madu. Packaging botol madu mmg boleh eksport ke oversea punyer..... Nanti aku attachkan gambar kat dlm blog nie yer......

Dengan tak disangka2, kengkawan aku yg aku promosi tadi nak jadi dealer iaitu pengedar madu kat taman perumahan dan tempat kerja diaorg. Ini disebabkan mmg produk yg aku jual tue berkualiti. Tak susah nak membebel, cumer tunjuk botol pun diaorg dah terpikat. Korang bayangkan, stok tak sampai lagi tapi dah ada org orda sbb tue aku amik 7 kotak.

Hari sabtu ambik, hari ahad dah habis 4 kotak madu......ALHAMDULILLAH.....syukur pada ALLAH..... Hari ahad malam tue, aku dah berlepas ke Jepun atas sbb kerja......Korang nak tau citer pasal madu kat Jepun? Aku nampak peluang pasaran yg sangat besar kat JEPUN......... hhhhmmmmm....tunggu next episod.......

No comments: