Saturday, August 25, 2007

Kandungan dalam madu

Di sini terdapat sedikit artikel berkenaan kandungan madu. Artikel ini aku perolehi dari laman web www.madu.com.my. Rupa2nya kalau madu tue tak asli akan memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan. Artikel adalah seperti di bawah:

Madu mengandungi pelbagai unsur-unsur penting dengan jumlahnya yang ideal dengan tubuh manusia seperti kalsium (Ca), Phosphor (P), Natrium (Na), Thiamin, Niacin, Riboflavin, Potassium, Iron, Zink, Vitamin C dll. Di samping itu, gula dalam madu (glukosa dan fruktosa) merupakan gula ringkas (simple sugar, monosacharide) yang mana apabila di makan seketika akan terus diserap oleh darah sehingga menimbulkan tenaga secara spontan.

Berbeza dengan gula biasa atau madu tiruan/palsu yang merupakan gula kompleks (polisacharide) yang tidak langsung dapat diserap oleh darah, kerana harus dirubah menjadi gula ringkas dengan cara pemprosesan oleh hati yang akan mengakibatkan kerosakan hati (sel herpa) apabila melebihi dos biasa.

No comments: