Wednesday, August 22, 2007

Penggemar Madu

Aku sebenarnya memang suka minum air madu selepas tamat belajar. Bila dah bekerja dan ada duit sendiri baru ler aku beli madu. Waktu belajar, mana ada duit mau beli madu.

Setelah aku amalkan minum air madu iaitu sebelum dan selepas tidur, aku dapati aku tak liat untuk bangun tidur. Aku rasa macam puas jer tidur(tidur berkualiti ler katakan) walaupun masa tidur tetap sama sebelum minum air madu. Selain itu, perubahan pada diri aku adalah lebih mudah untuk membuang air besar.

Itu jer yang aku nampak perubahan terhadap diri aku. Selain drp itu, tak tau ler pulak. Kalau ada kesempatan, aku akan sedikit info berkenaan khasiat madu.

No comments: