Wednesday, August 29, 2007

Biznes Madu: Pengalaman di Jepun



Ari nie aku dah 3 hari kat Jepun. Pada hari pertama aku ada tanya member jepun aku tue, kenal tak madu. Mestilah dia jawab tau, aku sajer jer buat2 BODOH…..sebab nak start mula cucuk jarum. Aku tanya lagi, kat Jepun madu buat apa? Diaorg cakap madu buat sapu roti dan kuih-muih. Diaorg cakap harga madu kat sini mahal giler, so diaorg beli madu yg made in china punyer….. Korang nak tau harga madu kat sini brapa? Harga madu yg made in Japan adalah USD200 per kg manakala madu yg Made in China murah jer iaitu USD50 per kg….. Mungkin madu China tambah gula pasir dan air kot! Hihihihihi….pepandai jer kan…..

Lepas aku tau yg madu original (made in japan) berharga USD200 per kg, aku pun bg tau ler yg aku ada member jual madu. Harganya jauh lebih murah dan konpirm original…. Diaorg pun ternga-nga, aku pun buat derk jer ler….. Asalkan aku dah cakap, mana tahu satu hari nanti diaorg email aku nak tanya pasal madu member aku tue…..Allah nak bg rezeki kat aku, so sapa buleh tahan?

Tuesday, August 28, 2007

INFO MADU: pH madu dan fruktosa

Madu mengandungi asid amino (0.05-0.1%) dan asid organik (0.57%, julat 0.17-1.17%). Purata indek pH bagi madu adalah 3.9 (dengan julat tipikal 3.4-6.1)

Fruktosa adalah bahan termanis diikuti glukosa dan maltosa. Maka, kebanyakan madu yang mengandungi peratusan fruktosa yang lebih banyak menjadikan madu agak lebih manis berbanding gula dengan purata nisbah 1-1.5 kali manis berbanding gula

Biznes Madu 2

Member aku setuju untuk jadikan aku sebagai stokist kat area aku nie. So aku amik ler 7 kotak madu dimana 1 kotak ada 24 botol. Maka kalau 7 kotak ada (24botol x 7kotak = 168 botol). 168 botol madu tue adalah stok aku.

Aku order kat kawan aku tue ari khamis(23 Ogos 2007), dia hantar stok pada ari sabtu(25 Ogos 2007). Sebelum dia hantar, aku apalagi buat promosi ler pasal madu kawan aku nie.... Promosi aku kat kengkawan terdekat dulu.....Caranya aku bg tau kesan madu tue terhadap diri aku dan juga tunjuk botol madu. Packaging botol madu mmg boleh eksport ke oversea punyer..... Nanti aku attachkan gambar kat dlm blog nie yer......

Dengan tak disangka2, kengkawan aku yg aku promosi tadi nak jadi dealer iaitu pengedar madu kat taman perumahan dan tempat kerja diaorg. Ini disebabkan mmg produk yg aku jual tue berkualiti. Tak susah nak membebel, cumer tunjuk botol pun diaorg dah terpikat. Korang bayangkan, stok tak sampai lagi tapi dah ada org orda sbb tue aku amik 7 kotak.

Hari sabtu ambik, hari ahad dah habis 4 kotak madu......ALHAMDULILLAH.....syukur pada ALLAH..... Hari ahad malam tue, aku dah berlepas ke Jepun atas sbb kerja......Korang nak tau citer pasal madu kat Jepun? Aku nampak peluang pasaran yg sangat besar kat JEPUN......... hhhhmmmmm....tunggu next episod.......

Monday, August 27, 2007

INFO MADU: Gred dan warna madu

Kajian yang dilakukan di USDA (U.S Department of Agriculture) mendapati madu terbahagi kepada 7 warna asas iaitu putih, kuning cair, kuning pekat/jingga, oren kecoklatan, coklat dan hitam. Namun, warna madu bukanlah penunjuk yang tepat bagi menguji gred madu kerana ianya dipengaruhi oleh jenis dan ciri sesuatu bunga yang mempunyai kandungan mineral dan komponen-komponen organik tertentu di dalamnya.

Biznes Madu

Minggu lepas aku out-station. Aku pun ambil peluang utk jumpa ler kengkawan aku. Tak ramai pun, cumer 2 org jer.....hehheheheh....yg lain dah tak der, keje tempat lain. Aku jumpa ler sorang kawan aku nie, rupa2nya dia buat biz madu.....Madu nie, dia buat sendiri iaitu dia ambil sendiri (upah org ler) then dia proses. Maknanya mmg madu dia ler.....so aku amik ler satu, dapat ler harga member2......

Seperti biasa aku amalkan minuman madu nie semula. Dah lama stop sbb tak jumpa madu yg ori....kalu ori pun mahal giler.....baik beli susu anak! Aku minum sebelum tido dan bangun tido..... Dgn izin ALLAH, 2 hari jer ianya memberi kesan:
1. Pelawas
2. Segar bila bangun tidur

Dalam hati aku cakap yg madu kawan aku nie mmg ori. Esoknya aku email kat dia dan aku cakap kat dia yg madu dia mmg ori.....So aku berminat utk jadi pengedar madu dia kat area aku nie.....Disamping tolong member jual madu, aku dapat jugak tolong member aku yg lain utk menambah baikkan kesihatan diaorg(mcm bengkel kereta jer.....)

Episod berikutnyer, aku akan citer pasal biz madu aku nie........tunggggguuuuuuuuuuu......

Saturday, August 25, 2007

Kandungan dalam madu

Di sini terdapat sedikit artikel berkenaan kandungan madu. Artikel ini aku perolehi dari laman web www.madu.com.my. Rupa2nya kalau madu tue tak asli akan memberi kesan yang buruk terhadap kesihatan. Artikel adalah seperti di bawah:

Madu mengandungi pelbagai unsur-unsur penting dengan jumlahnya yang ideal dengan tubuh manusia seperti kalsium (Ca), Phosphor (P), Natrium (Na), Thiamin, Niacin, Riboflavin, Potassium, Iron, Zink, Vitamin C dll. Di samping itu, gula dalam madu (glukosa dan fruktosa) merupakan gula ringkas (simple sugar, monosacharide) yang mana apabila di makan seketika akan terus diserap oleh darah sehingga menimbulkan tenaga secara spontan.

Berbeza dengan gula biasa atau madu tiruan/palsu yang merupakan gula kompleks (polisacharide) yang tidak langsung dapat diserap oleh darah, kerana harus dirubah menjadi gula ringkas dengan cara pemprosesan oleh hati yang akan mengakibatkan kerosakan hati (sel herpa) apabila melebihi dos biasa.

Wednesday, August 22, 2007

Penggemar Madu

Aku sebenarnya memang suka minum air madu selepas tamat belajar. Bila dah bekerja dan ada duit sendiri baru ler aku beli madu. Waktu belajar, mana ada duit mau beli madu.

Setelah aku amalkan minum air madu iaitu sebelum dan selepas tidur, aku dapati aku tak liat untuk bangun tidur. Aku rasa macam puas jer tidur(tidur berkualiti ler katakan) walaupun masa tidur tetap sama sebelum minum air madu. Selain itu, perubahan pada diri aku adalah lebih mudah untuk membuang air besar.

Itu jer yang aku nampak perubahan terhadap diri aku. Selain drp itu, tak tau ler pulak. Kalau ada kesempatan, aku akan sedikit info berkenaan khasiat madu.