Thursday, September 13, 2007

Petua Madu: Merawat pelbagai penyakit

Menambah Darah (Anemia):
3 sudu besar madu 3 kali sehari.

Susah Tidur Malam:
2 sudu besar madu + segelas air suam.

Batuk (semua jenis batuk):
1 biji bawang putih dihaluskan + 2 sudu besar madu. Minum sekaligus 4 kali sehari. Ulangi 3-7 hari.

Darah Tinggi:
1 sudu besar madu di minum secara terus menerus 3 kali sehari.

Sakit Jantung:
6 sudu besar madu + segelas air suam. Minum 3 kali sehari. Bagi yang agak kronik, minum 1 sudu besar madu terus menerus 3 kali sehari tanpa henti selama 2 bulan, insya Allah ada perubahan yang positif.

Sembelit (susah buang air besar):
2 sudu besar madu + segelas susu di minum setiap 4 jam.

Sesak Nafas:
3 sudu besar madu + 1 biji jus segar lobak putih, minum 2 sudu besar 3 kali sehari.

Sakit Pinggang:
1 biji telur itik + 4 sudu besar madu, kacau rata dan terus minum. Lakukan setiap di awal pagi (subuh).

PETUA MADU: Kesihatan, Kecerdasan, Kecergasan

Kesihatan Anak
Madu mengandungi pelengkap gizi dan vitamin dan ianya amat sesuai untuk makanan dan minuman anak-anak. Sebahagian pendapat jangan melebihi 2 1/2 sudu besar dalam sehari.

Kecerdasan/Kepintaran
2 sudu besar madu, 1 sudu besar minyak zaitun, 3 biji kismis, 3 sudu besar daging burung merpati (serbuk). Caranya: Kismis dilumatkan kemudian dicampurkan dengan semua
bahan yang lain, atau makannya secara berbijji. Boleh juga diminum atau ditelan sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Kecergasan/Keaktifan Tubuh
Minum 1~2 sudu besar madu 3 kali sehari. Iaitu pagi sebelum sarapan, tengah hari dan malam sebelum tidur.

Wednesday, September 12, 2007

Madu Lebah di Jepun


Ini pula adalah madu lebah yang terdapat di Jepun. Madu nie di buat di China dan harganya adalah RM15 sebotol.....

Madu Lebah Asli

Ini dia madu lebah asli yang aku jual......apamacam? Menarik tak? Madu nie telah dihantar ke jabatan kimia utk mengetahui kandungannya.....dari segi saintifik mmg tak leh dinafikan lagi.... dari segi praktikal korang kena lah mencubanya dulu...... Bila rasa OK, kalu berminat utk berniaga kiter citer lain lak!

Komputer rosak

Sori.....gambar masih tak dapat di attachkan sebab komputer aku kena serang dgn Si Virus bila berada di Jepun..... So aku dah hantar komputer aku kat kedai, di harap gambar kat dlm komputer aku dapat diselamatkan..... kalu tak selamat pun, aku akan amik gambar sekali lagi.....

Untuk pengetahuan semua, madu yg aku jual tue mmg dapat sambutan yg amat menggalakkan. Syukur pada ALLAH.......Pada bulan puasa nie aku cadang nak letak kat bazar ramadhan..... OK tak? Nanti aku nak carik org yg jual kat bazar ramadhan.....

INFO Madu: Warna Asas Madu

Kajian yang dilakukan di USDA (U.S Department of Agriculture) mendapati madu terbahagi kepada 7 warna asas iaitu putih, kuning cair, kuning pekat/jingga, oren kecoklatan, coklat dan hitam. Namun, warna madu bukanlah penunjuk yang tepat bagi menguji gred madu kerana ianya dipengaruhi oleh jenis dan ciri sesuatu bunga yang mempunyai kandungan mineral dan komponen-komponen organik tertentu di dalamnya.

Monday, September 3, 2007

Jumpa juga akhirnya......

Isnin(3 September 2007)...... Member jepun aku bawak pegi dinner. Kitaorg makan sushi: ikan salmon, ikan tuna, belut, octopus, telur, ketam dll(semuanya seafood.....) Bila dah habis melantak aku cerita ler pasal citer jepun yg aku suka waktu aku kechik2 dulu iaitu SPACE COP GABAN! hehehehhehhe...........Salah sorang drp member aku pun suka citer tue jugak! Yang sorang lagi tue, tak sempat nengok sebab umur dia dah tua....... Habis citer GABAN, aku bukak balik citer MADU....... Aku tanya diaorg kat mana beli madu? Diaorg cakap kat supermarket ada jual! (mcmmana aku cari tak jumpa......)
Setelah habis makan sushi, member aku tue terus bawak kat supermarket. Dia pergi carik madu utk aku......Akhirnya ada jugak! Memang madu dia sangat murah...... Harga satu botol lebih kurang RM10. Aku pun terus ambil gambar madu tue..... Member jepun aku tue senyum jer...... Aku peduli apa, yg penting aku nak masukkan dlm blog aku nie.....Nanti aku attach gambar madu dr jepun yer......

Jalan2 cari kedai MADU......

Pada pagi ahad (2 sept 2007) aku sorang2 pegi jalan2 kat Bandar OSAKA dengan tujuan mencari kedai jual madu…..Aku pergi 3 shopping complex: HANSHIN, DAIMARU & HANKYU tapi semuanya tak der…..Jual madu biasa pun tarak ini kan pulak kedai khas jual madu…… So petangnya pulak aku pergi kedai kat bawah tanah….. Panjang jugak kedainyer tapi malangnyer, satu kedai pun tarak jual madu termasuk supermarket yg menjual barangan harian……kat mana ORANG JEPUN nie beli madu?

Rahsia Bisnes Orang Cina

Aku berborak dengan member jepun aku tue kat restoran di OSAKA. Kitaorg makan tepanyaki (agak-agak la.....). Aku amik yg seafood jer ler tapi dia amik yg ada daging…. Dlm pada menunggu masakan jepun tue, aku berborak ler pasal minat dlm biznes. Aku tunjuk buku RAHSIA BISNES ORANG CINA yg di tulis oleh Ann Wan Seng kat dia….. Aku tanya dia samada dia berminat biznes tak….Dia jawab tak….. Hmmmmm…..baru aku tau yg tak semua org jepun suka berniaga! Hehehehhehe…………..

Biznes Madu: 10 botol madu

Aku baru terima email dr dealer madu aku. Dia cakap dlm masa 2 hari, dia dah menjual 10 botol….. 10 botol yg dijual hanya di tempat kerja dia SAHAJA! 10 botol madu dijual sebab dia hanya bawak 10botol madu dlm 2 hari…..MEMANG LAKU….. Madu kalau berkualiti dan packaging pun OK, INSYA ALLAH orang akan beli punyer….. Dan sekarang nie, ada dua kedai yang berminat untuk menjual madu tue….. Itu jer yg aku tau buat masa nie…..

Harga sebotol madu yang dijual adalah RM35…Harga RM35 tue mmg tak leh nak ubah dan memang standard price…..Lagipun ada tanda harga RM35 pada botol madu tersebut. So harga dealer mesti ler kurang drp tue…..

Kalau ada sesiapa berminat untuk menjadi dealer atau nak beli madu, boleh hubungi aku:
email : fazrul76@tm.net.my
SMS : 019-6957675 (fazrul)

Gambar tak boleh nak attach. Tak tau ler server kat jepun nie....problem sungguh! nanti bila aku kat m'sia nanti, aku attachkan gambar!